BLACK RAFFLESIA yang Kronik
The CHRONICLE of BLACK RAFFLESIA
Satu Pencernaan Sejarah Dalam Hobi Numismatik Di Malaysia.
Pada bulan Jun 2012, Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan keluaran Wang Kertas rekabentuk baru bagi menggantikan siri ke-3. Wang Kertas 10 RINGGIT Siri ke-4 BNM mempunyai ciri rekabentuk berasaskan Flora dan Fauna Malaysia. Dalam buku katalog Numismatik Malaysia, siri ini dirujuk sebagai Siri ke-12.
rujuk
https://www.bnm.gov.my/-/rm10-siri-keempat-
Salah satu ciri unik keluaran ini adalah pemaparan bunga ikonik Malaysia, Bunga Rafflesia, bunga terbesar di dunia.
Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
Pada suku ketiga tahun 2012, pengumpul item Numismatik Malaysia dikejutkan dengan penemuan wang kertas RM10 yang 'ganjil' di bahagian belakang wang ini iaitu pada bunga Rafflesia bersaiz kecil (di sebelah kanan imej Bunga Rafflesia bersaiz besar). Keganjilan dikesan apabila ianya didapati bewarna Hitam/Kelabu Legap berbeza dari warna asal oren-kekuningan.
Menjadi kelaziman di persekitaran peminat Numismatik, setiap keganjilan ditafsirkan sebagai 'Rare' dan dianggap sebagai kepingan RALAT (error) semasa dalam proses percetakan.
Lanjutan itu, penemuan item ini menjadi 'rebutan' yang menolak harga kepingan ini umpama terjahan roket, melonjak naik sehingga 2,500%. Dari nilai muka hanya RM10 menjadi RM250 sekeping. Peminat Numismatik Malaysia memberi nama julukan BLACK RAFFLESIA 10 (BR10) kepada item ini.
Sela beberapa bulan kemudian, setelah 'push-up' harga koleksi berlaku, dan item ini 'menjadi buruan' kolektor, sesuatu yang ganjil berkenaan item ini juga mula dikesan, iaitu:
1. Secara bandingan, terdapat kelainan yang agak ketara pada nisbah dan 'bentuk' kehitaman Bunga Rafflesia yang ditemui.
2. Ditemui pada satu sumber lokasi tertentu sahaja. (tidak perlu dinyatakan di sini, demi mengelak salah tanggap).
3. Tidak satupun item ditemui dalam kondisi 'Belum Diedarkan' - UNC (Uncirculated).
4. Pembeli menerima 'nasihat' supaya item ini tidak digredkan oleh syarikat pengredan pihak ke-3 dengan alasan khuatir ianya bakal di 'reject' dan diklasifikasikan sebagai 'Not Genuine'. 3rd party profesional grader seperti PMG dan PCGS yang terdiri dari ahli profesional dalam bidang Numismatik.
Lantaran itu, mula timbul keraguan tentang 'ketulinan' pada deklarasi ERROR bagi item ini.
Beberapa orang 'frontier' Numismatik mula dihujani pertanyaan dari peminat dan bakal kolektor. Lantas dibuat kaji-selidik dan pencarian fakta berkenaan kewujudan item ini dalam edaran, berasaskan sangkaan awal bahawa kejadian ini adalah RALAT semasa percetakan.
..
rujuk
http://numiscat.blogspot.com/2014/10/br10-adalah-error-buatan-manusia.html?m=1
(Kredit: Numiscat blog owner)
http://dniewcollectors.blogspot.com/2015/01/rm10-with-ink-drop-inking-error.html?m=1
(Kredit : Tuan Dickson Niew)
http://alphanumis.blogspot.com/2015/01/the-malaysia-12th-series-10-ringgit.html?m=1
(kredit : Tuan Kay L Guy)
Hari ini (Oktober 2021), setelah hampir 10 tahun berlalu, apabila melayari Grup-Grup Numismatik di Media Sosial, Laman pembelian Dalam Talian serta Youtube, masih terdapat tawaran untuk menjual item BR10 ini.
Akhir-akhir ini, selain dari bunga miniature Black Rafflesia di'hitam'kan, sebahagian dari imej wajah DYMM YDPA pertama Tuanku Abdul Rahman yang menjadi imej ikonik Wang Kertas Malaysia (setakat hari ini) juga turut dihitamkan (lihat foto yang disertakan dalam artikel ini).
Satu pertanyaan baru timbul dibenak. Jika benar ianya kejadian RALAT semasa dalam cetakan, adakah pihak BNM tidak sedar dan alpa untuk mengambil suatu tindakan dan berkolaborasi dengan pencetak untuk 'menghapuskan' kepingan ini?.. pada pendapat dangkal penulis, ianya 'Na-Mungkin'.. Imej YDPA tidak akan dibiarkan terjadi sedemikian.
..
Akhir sekali, penulis menyusun jari, memohon maaf sekiranya lontaran pandangan ini serta kandungan artikel-artikel yang dirujuk, ianya tidak bertujuan untuk 'menabur pasir dalam periuk'. Penulis tidak memihak kepada pelaku-pelaku 'POST MINT JOB (PMJ)'. Bagi penulis, mereka yang 'menyokong' perbuatan ini (serta lain-lain aktiviti PMJ) bukannya 'trully Numismatist'. Mereka hanya mengambil peluang untuk memenuhkan dompet mereka secara mudah dengan memanipulasi minat segolongan penghobi Numismatik, terutama mereka yang baru menanam bibit minat dalam bidang ini.
Selamat Maju Jaya, Murnikan Dunia Numismatik.
Numismatic is A Great Hobby
..
Sekian Kalam.
Wallahualam.